Monday, April 7, 2008

sufiah yusof...

banyak tol peel minah rempit sorg ni.... mcm bagos je kalo nengok dienye video interview kat youtube... wayar ade satu short dlm otak minah rempit nih... mcm mane minah rempit super geneius dlm matematik tiba2 memlih kerjaya yg sehina-hinanya... the only formula math yg diaplikasi dlm kerjaya ni basic campur ngan darab je... ahahaha

dan sebuklah segilintir masharakat kita yang nak pg menyelamatkan die... hero muncul bagaikan cendawan... sengaja melupakan minah-minah rempit dlm negara sendiri... mereka di anaktirikan..

Selamatkan dulu wanita kita di Lorong Haji Taib - UTUSAN


seorang warga malaysia di kanada memberi respon:

SAYA menyokong penuh pandangan saudari Rabeha Yassin yang tersiar baru-baru ini bertajuk Selamatkan Gadis Kita Dulu Dari Lembah Maksiat.

Apa yang terjadi ke atas nasib Sufiah Yusof memanglah amat dikesali. Sufiah telah terpesong daripada ajaran Islam dan amalan hidupnya telah melanggar batasan moral. Namun begitu, belum terlambat untuk beliau kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat sentiasa terbuka. Saya berdoa agar beliau diberi petunjuk dan hidayat daripada-Nya.

Walaupun saya menyokong usaha murni untuk menyelamatkan Sufiah, saya rasa bukanlah tempatnya untuk kerajaan Malaysia menghabiskan wang ringgit rakyat Malaysia untuk menyelamatkan seorang rakyat Britain. Sufiah dan keluarganya telah lama berhijrah ke Britain dan mengambil kerakyatan sana. Saya cadangkan para menteri dan timbalan menteri yang berhajat melancarkan program khas membantu Sufiah agar menyusuri sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Lorong Haji Taib sehingga ke Jalan Bukit Bintang selepas tengah malam. Saksikanlah muda-mudi Malaysia yang saya percaya sebahagiannya beragama Islam memperdagangkan tubuh. Gunakanlah wang cukai rakyat Malaysia untuk membantu mereka ini dahulu sebelum melangkah jauh ke benua Eropah. Adakah kerana mereka tidak sepintar Sufiah maka hidup mereka tidak perlu diselamatkan? Atau mungkin menyelamatkan mereka ini tidak akan mendapat publisiti yang meluas maka biarlah mereka terus bergelumang dosa?

Di samping itu saya benar-benar berharap pihak kerajaan memikirkan dahulu dengan teliti segala program yang hendak dilancarkan. Rakyat kini semakin kritis dan sebagai rakyat kami tidak suka melihat duit kami digunakan untuk menaja program-program yang tidak akan memberikan faedah untuk kami. Pada kami ia lebih kepada satu bentuk pembaziran wang dan masa kerajaan untuk seorang individu yang kemungkinan besar lebih seronok hidup di Britain dan tidak pernah berfikir tentang Malaysia.

Saya berharap agar nukilan ini diambil sebagai teguran membina daripada seorang rakyat Malaysia yang kerdil.

WARGA MALAYSIA

Kanada.

mungkin dh lamaaa sgt kat kanada... Lorong hj taib dah di ambil alih oleh pondan-pondan... x de lg gadis-gadis tulen rasenye... semuanya manusia berhalkum terjojol memakai kasut bertumit tinggi... Sealed

0 comments: