Tuesday, October 20, 2009

Upacara Pemanasan Henjin

Di kopi pes dari emel... tq for sharing...

Sekadar berkongsi.


Ana hari2 kasi panas enjin without fail

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua

pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta,

lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan

sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi

sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu

minit. Ada

yang memanaskan selama 5 minit. Ada

yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin,

pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan

perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu

gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk

menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa

berprestasi tip top.




Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini

diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu

yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di

JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada

belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di

dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua

dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak

zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia

sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai

kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa

gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo

kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu,

gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua

ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya

dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula

panaskan enjin kenderaan di Malaysia

ni?




Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan

dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak

digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen

nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan.

Kempen yang sama turut dilakukan di

Jepun , United Kingdom

dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang

bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura

(idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara

ini ditegah?




The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang

terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu

persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin

kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke

jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah

tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.




Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les

Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan

kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien

hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu

membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara

yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya

atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.




Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura

(idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah.

Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan

sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding

silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder

lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa

yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada

pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh

jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia

bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.




Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam

pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang

tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia

akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.




Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari

ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia

adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila

terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama

untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa

berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat

berkarat.




Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang

dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia

pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan

tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin

pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah

men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen

oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar

kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh

diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.




Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan

pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati

dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu

400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat

panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan

tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada

alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu

yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan

kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura

(idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak

bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?




Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan

enjin. Ada

tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam

sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan

memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada

faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan

di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan

pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke

bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu

mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan

pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman

enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa

setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam

minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft.

Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing

seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk

memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah

dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?




Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya

lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung

pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing

bagi kita rakyat Malaysia

. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab

dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab

itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah

cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena

roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi

enjin kereta terbiar hidup.




Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar

dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu

orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan

bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan

tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu

enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh

menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang

ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin

dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus

ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah

hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

0 comments: