Friday, May 9, 2008

bantahan yang aref...

hari pertauliahan wan sebagai peguambela dan peguamcara mahkamah tinggi malaysia jatuh pada hari semalam... setelah menjalani latihan chambering selama sembilan bulan...

berbeza pula dgn akauntan... perlu bekerja dulu di mana-mana sektor kerajaan ataupun swasta selama 3 tahun... barulah diiktiraf sebagai members of mia... huh bertuah sungguh...

ke tafsiran aku salah belaka... seriesli x tau gak secara terperinci perjalan dan dunia peguam ni mcm mana sebenarnya...

[caption id="" align="aligncenter" width="480" caption="family"]family[/caption]

ni lah 1st time aku masuk lam court... mase dlm court aku tgk 7 org melayu dan 5 org non-malay utk ditauliahkan... mmm kire seimbang gak la... dan salah seorang melayu tu adelah seorg datuk yang dah pencen dari gomen turut dalam list utk ditauliahkan... dasat gak datuk ni... dah pencen pon masih eager to be a lawyer... maybe this is his dream job...

semasa prosees pertauliahan, seorang peguam dari firm yang dorg ni wat chambering akan terangkan tentang latarbelakang pempetition (yg nak ditauliahkan tu) kepada hakim, basically the main point is hakim akan menilai s/ada pempetition tu layak atau x ditauliahkan... base on the latar belakang aktif ke x mase belajar... itu yang aku nampak la...

then hakim akan bertanyakan s/ada ada bantahan atau tidak dari mana-mana peguam yang ada dlam court tu... s/ada aku salah dengor atau pon x, ade sorg lawyer tu membantah wan di tauliahkan... 2 lagi tiada bantahan, should tiada bantahan la menangkan... at the end wan akhirnya di tauliah kan, dgn kata keramat hakim iaitu 'congratulation'. Jubah di sarongkan oleh ayah. Kelam kabut gak masa tu... iyelah wan dah la first... so x sangka laks ayah kena panggil utk menyarongkan jubah kepada wan... kire mcm blur gak la x tau nak wat ape kt depan tu... sampai tergelak-gelak la satu court bile mana wan ditegur oleh hakim utk bersalaman dgn ayah selesai disarongkan jubah, disusuli dengan tepukan gemuruh di dalam court tu...

dan sekali tu je la tepukan didengari dalam court tu... calon-calon yang seterusnya, dah belajar daripada incident wan tadi, salam menyalam, peluk memeluk dan cium mencium menjadi perkara wajib ahaks....

[caption id="" align="aligncenter" width="480" caption="mesjid biru jalan duta..."]mesjid biru jalan duta...[/caption]

setelah seme calon ditauliahkan, hakim memberi sepatah dua kata kepada lawyer-lawyer baru... antara perkara yang aku dengar ialah, hormati ibu bapa, hormati senior dan jangan menjadi hamba client.

0 comments: